Rabu, 10 Ogos 2011

MFH.hukum korek hidung time puasa

Owww.. korek hidung ye? Ayobbb tak taw. Batal pose. hahaha :D Betol ker batal pose if korek hidung? Dah lah salahkan si ayob. Tak pasal-pasal orang lain yang korek ayob jugak yang kena.

So aku nak share ngan korang sume pasal hukum korek hidong time pose ni sempena bulan baik bulan mulia bak kate pepatah ye?? Hihihi :D

Perbuatan mengorek hidung atau telinga bler time pose ni kite kena tinjau samada sampai atau tak perbuatan itu pada rongga dalaman. Kalau dah masuk ke dalam rongga tersebut maknanya batallah puasa ekau yo. Tapi kalau korek tu tak sampai ke dalam rongga tersebut maka tak batallah puasa ekau. Para ulama’ ada menjelaskan bahawa :-

Syeikh Zainuddin Bin Abdul Aziz Al-Malibary berkata di dalam kitabnya, Fath Al-Mu’in:
Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husaini juga berkata perkara yang sama di dalam kitabnya, Kifayatul Akhyar (Hlm. 286, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut):
Dalil bagi hukum tersebut.

Dalam hal ini para Ulama’ Mazhab Syafi’e menggunakan dalil atau sumber hukum yang keempat iaitu Qiyas sebagai hujah bahawa hukum memasukkan sesuatu ‘ain (yang jelas boleh dilihat) ke rongga dalam akan menyebabkan puasanya batal.

Syeikh Ibn Rusyd menjelaskan di dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid:

Syeikh Abu Ishaq Al-Syirazi berkata di dalam kitabnya, Al-Muhadzdzab (Hlm. 586-587, Dar al-Ma’rifat, Beirut):
Kesimpulannya, apabila masuk sesuatu ‘ain (benda yang dapat dilihat) ke rongga dalam, menerusi rongga yang terbuka seperti perbuatan mengorek telinga atau hidung, dengan sengaja dan sedar sedang berpuasa, maka batal puasanya di sisi mazhab Syafi’e. jadi ingat ye teman semua jangan korek hidung and Selamat Berpuasa,Salam Ramadhan  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan